Salam to all viewers...
Hari ni, aby nak share something dgn everyone tentang penting nya check list untuk majlis perkahwinan. Kenapa check list tu penting? Sebabnya dgn ada nya check list tu, majlis kita akan berjalan dgn lancar seperti yang kita nak.. insyaallah..
Aby terpanggil utk post kan topic ni sebabnya, dalam pemerhatian aby dlm beberapa majlis perkahwinan yang pernah aby attend, banyak yg ada masalah dlm aturcara majlis. meaning, pengantin dan family pengantin tak aware dgn apa yang sepatutnya berlaku pada majlis tu time to time..
So i strongly recommend , setiap bakal pengantin wajib utk sediakan check list/tentatif program or lebih baik lagi kalau ada cue sheet.. cue sheet ni ada gak yang panggil moment to moment.. Dalam list tu, kita dah tulis aturcara mengikut masa dari mula majlis sampai ke akhir majlis.
Maybe ada yang rasa cue sheet ni tak penting, tapi sebenarnya sgt amat penting.. tanpa cue sheet ni, majlis pasti akan jadi kelam kabut..sebab semua tak tau apa yg patut buat..
Ok, kat bawah ni aby bagi contoh apa yg patut ada dalam cue sheet tu utk panduan semua ye...
Majlis Perkahwinan Julia & Adam (5 Jun 2010, Sabtu )
Shah Alam, Selangor
12.00 pm
- Majlis bermula (ketibaan tetamu)
- MC mainkan lagu
1.30 pm
- Ketibaan pengantin
- Kompang dimainkan
- Tuan rumah menyambut pengantin dgn bunga rampai
- Pengantin berjalan ke kerusi di hadapan khemah untuk acara silat
1.40 pm
- Acara silat bermula (3 orang)
1.50 pm
- Pengantin berjalan menuju ke pelamin
- Kompang dimainkan semula
1.55 pm
- Bacaan doa
- Make sure org yg baca doa dah stand by di tempat yg sepatutnya
2.00 pm
- Acara merenjis dimulakan
- Sediakan senarai nama orang yang akan merenjis
- Lagu iringan muzik merenjis dimainkan
2.15 pm
- Acara makan beradap
- Sediakan senarai nama keluarga / teman yang sepatutnya makan di meja beradap
2.45 pm
- Acara potong kek
- Lagu iringan muzik semasa potong kek dimainkan
3.00 pm
- Pengantin bergambar kenangan dgn keluarga/tetamu
- Pengantin bersalaman dengan para tetamu
3.45 pm
- Majlis berakhir
Sebenarnya, ni secara ringkas je.. patut nyer detail lagi. Aby advise buat dalam table, lagi senang. Letak sekali nama person incharge utk setiap moment. Kat blog ni tak leh buat table... so payah sket aby nak tunjuk.. kalau tak, leh copy paste je.. hikhik.. cue sheet ni penting dan print bagi kat ahli keluarga dan committee majlis tu supaya semua senang.
Senarai orang yang merenjis dan yang duduk di meja makan pengantin pun sgt penting. Kena inform org tu supaya mereka stand by. Tak de la nanti ada yg terjerit2 panggil nama suruh merenjis dan makan bersama pengantin.. Masa pun tak terbuang.
Aby harap, semua dah nampak apa yg aby cuba sampaikan. betapa penting nya cue sheet ni kan? Aby kesian tgk majlis org yg kelam kabut tak tau apa yang patut berlaku seterusnya.. ada tu, masa nak baca doa, takde sesapa yg nak baca, last2 ada srg tetamu tu yg tolong baca kan.. nasib baik gak ada, kalau tak? pasti malu tuan rumah kan..
Yang tukang bagi bunga telur pun kalau boleh jgn la org yg sama jadi pengapit pengantin.. kelam kabut di buat nye nanti..
pasal pengapit ni pun ada citer gak ni.. nanti aby buat entry lain.. hik.hik.. sharing is caring kan? :)
thanks coz sharing ur info tntg checklist tu. FYI, i bakal berkahwin pada awal julai ni, Mjlis i buat kat dewan merak kayangan n nak tanya pendapat u, semasa ketibaan pengantin/perarakan nnti, i cadang nak buat iringan muzik/love song je tanpa paluan kompang or the best way is paluan kompang kejap ke untuk inform pengantin tiba n trus masuk lagu cinta dimainkan. hoe do u think???plz respond me at Riezasyhdan@yahoo.com
ReplyDelete